| Kandungan |
: |
KUALA LUMPUR 8 Feb. - Tindakan kerajaan negeri Selangor memulangkan semula bayaran cukai tanah kepada Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) disifatkan sebagai tindakan 'luar biasa.'
Beberapa ahli akademik dan peguam juga mempersoalkan mengapa tindakan itu dilakukan oleh pejabat Menteri Besar kerana ia merupakan bidang tugasan atau urusan Pejabat Tanah negeri.
Pensyarah Jabatan Undang-Undang Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Dr. Salleh Buang berkata, kebiasaannya, keputusan sama ada hendak menerima atau menolak sesuatu pembayaran cukai dilakukan oleh Pejabat Tanah.
Pensyarah Undang-Undang Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Shamrahayu Abd. Aziz, berkata, kerajaan negeri tidak perlu mempersoalkan dari mana datangnya sumber wang bagi menjelaskan cukai tersebut.
|